Klinik swasta perbidanan dan sakit puan Dr. KP Low di Hospital LohGuanLye Specialist Center, Pulau Pinang menawarkan rawatan kepakaran yang mengutamakan pesakit dalam pelbagai peringkat hidup dan kesihatan dengan fokus kepada pembedahan laparoskopi dan kesuburan/fertiliti 

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan di Pulau Pinang 

Dr Low Kah Pin 
mbbs (malaya), mrcog (uk), mobgyn (malaya),
fmas/art (india), msc bhare (spain)

PERKHIDMATAN KAMI
Perbidanan | Antenatal

 

Pengalaman mengandung amat mencabar di mana bermula dengan ketidakselesaan trimester pertama ke trimester kedua yang santai sehingga ke trimester terakhir yang membebankan. Akhirnya, terlahirlah cahaya mata yang membuka minda dan hati setiap ahli keluarga di rumah lihat lagi 

Sakit Puan | Ginekologi

Haid menjadi "banyak, sikit, sakit, berketul, dan menyusahkan"

Kemaluan menjadi "bengkak,gatal, penuh keputihan atau discaj pelbagai warna"

Cyst, fibroid dan ketumbuhan pelvis yang lain.
Segala ciri-ciri sakit puan yang dapat dilega dan diakhiri dengan rawatan dan saringan awal. lihat lagi

Pembedahan laparoskopi​

Pembedahan abdomen dan pelvis melalui bukaan kecil sudah menjadi suatu kebiasaan untuk mengurangkan sakit pembedahan serta tidak mendatangkan parut besar malah membolehkan wanita kembali menjalankan tugas dan kewajipan di pejabat atau rumah 

lihat lagi

Saringan Sakit Puan

Mencegah lebih baik dari merawat

Pepatah ini amatlah bertepatan untuk kehidupan yang sihat.

Saringan dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya serta membolehkan deteksi awal penyakit tenat, terutama kanser sakit puan lihat lagi 
 

Menopaus ​

Zaman kegemilangan keemasan wanita sepatutnya disambut dengan meraihkan pencapaian hidup serta memenuhi impian dan wawasan hidup. Di sini, kami akan membantu supaya kehidupan anda tidak terjejas oleh perubahan menopaus untuk membolehkan anda menikmati zaman keemasan ini  lihat lagi 

Dr Low Kah Pin

Ringkas tentang doktor >>

Doktor ini peminat tegar bidang perbidanan dan sakit puan dengan kecenderungan untuk laparoskopi dan fertiliti. Pemain pelbagai sukan serta menikmati sastera pendek, jenaka, kesenian dan sedikit politik.