Mengenali Doktor - Dr Low Kah Pin

Warga jati Pulau Pinang ini menyempurnakan latihan graduan dan pasca graduan dalam Perbidanan dan Sakit Puan di Universiti Malaya. Beliau juga diiktirafkan sebagai Member of Royal College of Obstetricians dan Gynaecologists, United Kingdom. 
Kerjaya beliau melalui pelbagai institusi dari utara Kedah, ke Petaling Jaya sehingga ke selatan Johor Bahru. Beliau juga menjalankan kewajipan sebagai ketua jabatan O&G di Hospital Kluang sebelum meneruskan perkhidmatan beliau di hospital swasta di Batu Pahat, Johor. 
Beliau menyokong saringan trimester pertama untuk semua ibu mengandung dan memperolehi sijil kemahiran untuk scan 11-13 minggu kandungan dari Fetal Medicine Foundation, United Kingdom. 
Pembedahan lubang kunci atau laparoskopi dan rawatan kesuburan adalah minat beliau di mana beliau menyempurnakan latihan yang berkenaan di India dan Sepanyol. 

Beliau merupakan ahli tetap World Association of Laparoscopy Surgeons dan European Society of Human Reproductive and Embryology.
Untuk memastikan pesakit beliau mendapat rawatan yang terkini, beliau selalu mengikuti perkembangan terbaru dalam dunia perawatan melalui Persidangan antarabangsa atau serantau di mana beliau juga berkongsi pengetahuan secara poster atau lisan. 
Beliau berkomunikasi dengan ramah dan bertauliah dalam pelbagai bahasa. 
Beliau percaya dalam semangat kerjasama dan berpasukan di antara rakan kerja, paramediks dan ahli yang paling penting dalam pasukan - PESAKIT sendiri!
Maklumat lanjut tentang doktor
KELULUSAN
  • Bachelor in Medicine and Surgery (Universiti Malaya)

  • Master in Obstetrics & Gynaecology (Universiti Malaya)

  • Members of Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (United Kingdom)

  • Fellowship of Minimal Access Surgery/Artificial Reproductive Technique (WLH, India)

  • Master of Science, Biology in Human Assisted Reproductive and Embryology (FIVI, Spain)

TEMPAT BERKHIDMAT
  • Hospital Sungai Petani, Kedah

  • Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah

  • Penang General Hospital

  • University Malaya Medical Centre, Petaling Jaya, Selangor

  • Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

  • Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor
    (Head of Department of O&G)

     

  • Putra Specialist Centre, Batu Pahat, Johor (Private Medical Centre)

BAHASA
  •  Bahasa Melayu

  • Bahasa Indonesia

  • English 

  • Mandarin

  • Hokkien 

  • Cantonese

  • Teochew

Sedang belajar 

  • Japanese